Continue to live as one large family
@ Assunta e-Alumni

 
Assunta Alumni

Assunta Spirit Alive!

SMK Assunta, PJ

In the Media
  Women of Substance
  Mission Schools
News Archive

Contact Us
Sign Guestbook
»
Women of Substance

BERITA HARIAN, Muka Hadapan, September 24, 2003
Dr Zeti tokoh bank terbaik Asia

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dipilih sebagai tokoh bank pusat terbaik Asia bagi 2003 oleh Emerging Markets, sebuah majalah yang diterbitkan Euromoney. Majalah itu - diterbitkan untuk Mesyuarat Tahunan Tabung Mata Wang Antarabangsa/Bank Dunia di Dubai - berkata Dr Zeti, berada di kedudukan teratas dalam tinjauan pendapat di kalangan tokoh perbankan dan pelabur.Beliau yang juga gabenor bank pusat wanita pertama di Malaysia dan satu-satunya di Asia, juga antara sebilangan kecil wanita yang memegang jawatan itu di dunia.

Dalam artikel majalah itu, Dr Zeti berkata, tanggungjawabnya yang paling penting ialah mengekalkan keadaan baik dan kemampuan Malaysia untuk bertahan daripada kejutan kewangan luar.Dr Zeti menyertai Bank Negara pada 1985 sebagai timbalan pengurus di jabatan ekonomi dan menjadi wanita pertama dilantik sebagai empat daripada penolong gabenor bank itu.

Pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara yang ketujuh, menggantikan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang bersara pada 30 April tahun sama.

Zeti dilantik sebagai timbalan gabenor pada 7 September, 1998. April lalu, tempoh perkhidmatan beliau dilanjutkan tiga tahun lagi. Pada Ogos 2000, Zeti dipilih sebagai seorang daripada "Wanita Paling Berkuasa Dalam Kewangan" oleh majalah kewangan terkenal, Global Finance. Zeti, dilahirkan pada 26 Ogos, 1947, anak kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Diraja Ungku Aziz. Selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Assunta di Petaling Jaya pada 1958, beliau memperoleh ijazah kepujian dalam Ekonomi dari UM pada 1970. Beliau kemudiannya memperoleh ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa dari University of Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 1978. - Bernama.


125 Influential People and Ideas:
Tan Sri Dato’ Dr. Zeti Akhtar Aziz

The Star,
Wednesday October 24, 2007
Zeti gets ‘A’ for fifth year in a row


-
Search: